Eimani Kurma Tangkai (300 gram)

RM8.20

Mukadimah
Kurma Deglet Noor adalah salah satu daripada pelbagai kultivar kurma. Nama Deglet Noor dalam bahasa Arab bermaksud ‘ratu kurma’. Ia berasal dari Algeria. Ia juga ditanam di Arab Saudi, Tunisia, Amerika Syarikat dan juga banyak negara-negara Mediterranean seperti Iran. Algeria adalah pengeluar terbesar jenis kurma ini di dunia, di mana ia ditanam di wilayah Biskra, di kawasan-kawasan tertentu yang diketahui mempunyai oasis.

Penghuraian buah
Kurma Deglet Noor Algeria tulen diketahui mempunyai sentuhan lembut, warna lut dan rasa lembut yang seperti madu, dan ciri-ciri ini yang membezakan ia daripada kurma lain.

Kawasan di mana mereka ditanam
Algeria, Tunisia, Libya, Amerika Syarikat, Iran

Tempoh penuaian
Kurma Deglet Noor dapat dituai pada salah satu daripada dua peringkat kematangan, sama ada Rutab atau Tamar, bergantung kepada jenis penggunaannya.

Availability: 4 in stock

Category: Tags: ,

Kandungan nutrisi dan manfaat kesihatan
Kurma diketahui mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ia adalah sumber yang kaya dengan tenaga, yang terdiri dari 80% karbohidrat, dengan kanji dan gula seperti glukosa dan fruktosa. Walaupun dengan kandungan gula yang tinggi ini, ia adalah makanan dengan indeks glycemic yang rendah dan oleh itu sesuai untuk dimakan oleh pesakit kencing manis. Ia juga mengandungi asid amino penting dan tidak penting dan dengan itu adalah sumber protein yang baik. Ia mempunyai sedikit serat pemakanan yang laru dan tidak larut oleh itu ia dapat member manfaat kepada orang yang mengalami sembelit ringan. Kurma adalah sumber yang kaya dengan mineral dan garam, terutamanya kalium. Ia juga mengandungi natrium, kalsium, boron dan magnesium. Ia mengandungi vitamin seperti Vitamin A, Vitamin C dan vitamin B-kompleks niasin, tiamin, riboflavin dan asid folik.

 

Kegunaan
Kurma ini dapat dimakan secara keseluruhan sebagai kurma kering segar, sebagai kurma beku, sebagai kurma diisi dengan badam (atau) kacang gajus, atau disalut dengan coklat atau bijan.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Eimani Kurma Tangkai (300 gram)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.