Makanan Sunah

Amalan pemakanan sunnah kini mulai mendapat perhatian ramai. Makanan yang digemari Rasulullah S.A.W. ternyata memiliki banyak khasiat dan kelebihan yang baik untuk kesihatan tubuh kita.

Sebelum kita kenal beberapa makanan sunnah, semasa makan pun ada adab yang nabi ajar kepada kita. Maka dengan memakan makanan sunnah kenalah sekali dengan adabnya kan? hehe

Antara sunnah Rasulullah S.A.W. semasa makan adalah dimulakan dengan membaca Bismillah, makan secara berjemaah, tidak makan secara berdiri, TIDAK meniup makanan yang sedang panas serta makan secara sederhana tidak terlalu kenyang.

Berikut adalah makan sunnah yang menjadi kegemaran Rasulullah S.A.W. , secara kasarnya kita boleh bahagikan makanan sunnah ini kepada beberapa jenis iaitu minuman, buah-buahan dan makanan. Kesemua makanan sunnah ini mempunyai khasiat dan kelebihan yang tersendiri.

Showing 1–12 of 57 results