MENGENAI KAMI

APA ITU EIMANI ??

Iyamani G – Mart atau Eimani Halmart Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2010 dengan sebuah kedai yang dibuka oleh seorang usahawan “Muhammad Sofi” yang memiliki sifat minat terhadap bisnes kecil – kecilan dan akhirnya berjaya memiliki sebuah kedai yang sangat luar biasa . Walaubagaimanapun, di bawah pengawasannya kami telah mencatatkan cerita – cerita kejayaaan dengan portfolio peristiwa besar – besaran yang mengagumkan dalam bidang pengurusan kedai.

Latar Belakang Syarikat Eimani Halmart Sdn. Bhd.

SEJARAH KEDAI KAMI

Iyamani G – mart atau Eimani telah ditubuhkan pada tahun 2010 dengan ada dua pusat bangunan yang terletak di lokasi pertama sekali iaitu Ampang Waterfront 2G & 3G. Eimani telah menjual produk sebanyak 500 yang popular dari dunia ARAB.

Iyamani telah mengadakan pelbagai tawaran hebat dan macam – macam lagi aktiviti menarik yang dianjurkan bagi untuk menarik pelanggan seperti Booth dan pameran kedai.

Pada lewat 2017, Iyamani G – Mart Sdn. Bhd. telah memperkenalkan nama baru kepada Eimani Halmart Sdn. Bhd. dan masih dalam cawangan yang sama. 

Pada Februari 2018, akhirnya Eimani telah berjaya menubuhkan satu lagi cawangan yang terletak di Sungai Buloh dan antara merupakan cawangan paling terbesar bagi syarikat ini. Pada 19 November, Eimani telah berjaya menubuhkan satu belian melalui talian dan masih dalam versi BETA bagi memudahkan pelanggan untuk menikmati produk kami ini.